Thursday, January 1, 2009

UBAT KEHIDUPAN AKAN DI TUTUP


Assalamualaikum kepada kawan-kawan pembaca blog ini: Saya terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat meng update post-post blog yang baru baru bagi blog ini dan telah mengambil keputusan untuk menutup terus blog ini dalam masa yang terdekat. Ini adalah kerana kesibukan tugas harian dan tugas sampingan (FOREX) yang saya buat masa ini. Bagaimanapun sekiranya sesiapa yang ingin mengemukakan sebrang masalah mengenai ubat-ubatan mahupun kesihatan ataupun forex maka boleh menghubungi saya di emel berikut : sam1967forex@yahoo.com Sekian. Terimaksih.

Monday, May 5, 2008

Beras dan Gaji

Pada 1 hb May yang lalu,melewati waktu Maghrib saya mendapat panggilan dari seorang ahli lembaga pengarah syarikat yang memaklumkan kenaikkan gaji yang "happening" untuk saya bagi tahun ini.

Memang tradisi di syarikat saya 2 tarikh yang kami nantikan setiap tahun ialah bulan April dan bulan Puasa.Sebab setiap bulan April kami akan di naikkan gaji dan setiap bulan Puasa pula kami akan dapat bonus tahunan.Tapi alhamdulillah tahun ni dapat rezeki yang paling "happening" berbanding tahun-tahun yang lepas...Kenapa?Sebab syarikat untung banyak? Bukan...tapi sebab kompetitif...atau persaingan.

Di sana -sini orang bercakap mengenai kenaikkan harga barang...tidak dapat tidak setiap individu akan merasainya walaupun kami ni kaki ronda dan survey harga tapi nampaknya kedai semua dah tak ada cara lain terpaksa naikkan harga.

Kalau semua nak naik harga jadi keseluruhannya kita memerlukan wang yang lebih untuk mengekalkan keperluan hidup yang sama..jadi kenaikkan gaji tadi tak menaikkan ekonomi cuma mengekalkan keadaan sedia ada.Jadi Par balik.

Saya ronda di sebuah hypermarket..macam tak percaya lihat harga beras.Isteri saya bertanya pada jurujual..jawabnya "Sudah 2 minggu naik oooo..30%".Iyalah...dari RM 32 ke RM 43 !!!
Kalau sebulan beli 2 kampit maka dah naik RM 20 ! Itu baru cerita beras belum cerita barang lain....

Melihat anak-anak yang sedang membesar kami selalu ketawa melihat telatah mereka...mereka suka makan...mungkin mereka semua sedang membesar mereka perlu tenaga yang banyak sebab mereka aktif..mereka tak berhenti nak mengunyah dan kami terpaksa sediakan "bahan=bahan" untuk di kunyah....dan dengan kenaikkan harga..bahan kunyah tersebut juga naik harga!!

Pandang sana pandang sini....memang tak ada cara nak berjimat atau mengurangkan peruntukkan..maka naiklah perintukkan keseluruhan kewangan setiap bulan.

Samada harga barang di turunkan (ada cara ke?) atau taraf gaji di naikkan..bimbang gaji naik barang pula naik harga...teh secawan pun nak naik juga....harga roti pun naik juga...

Jangan Tekanan darah naik sudah.....mungkin kalau kita semua berjimat dan mengurangkan pembelian mungkin kita boleh sepakat mengekang kenaikkan harga barang...macam kes boikot produk Belanda baru-baru ini....alih-alih harga produk mereka menjunam jatuh....eh! Boleh pulak turun harga ya..........................................................

Kalau kita beralih kepada alternatif produk yang berharga lebih murah seperti jenama Hypermarket (selalunya 30% lebih murah) dari jenama yang eksyen tu....bila kurang permintaan...mungkin mereka boleh faham sendirilah...
Kalau kita stick pada satu jenama yang macam bagus aje tu...naiklah tocang mereka....

Nampaknya bulan ini akan menjadi "bulan testing"...nak testing siapa ya..mungkin Carrefour kot...lepas tu Giant,Tesco,Mydin Hypermall dll...zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, April 24, 2008

Awas.....PRONOTON

Saya cuma ingin menyampaikan apa yang telah di sampaikan di dalam Harian Metro bertarikh 23/04/2008 tentang pengharaman penggunaan PRONOTON.

Ini kerana kadang kala ada yang tak suka baca surat khabar dan lebih suka mendengar kata-kata..so saya berkata-katalah di sini...

PRONOTON adalah sejenis persediaan Herba yang di di pasarkan untuk menambah kekuatan seksual lelaki...ia sangat terkenal di kalangan lelaki terutama pelanggan Mayfirst...lambang sejati !!!

Sayang seribu kali sayang...ianya bukan seperti yang di jangka kan...kerana kandungan herba nya telah di masukkan kandungan "sildenafil" atau lebih di kenali sebagai "Viagra"..sebab itulah ia sangat berkesan.

JIka anda pembaca setia blog saya (macamlah ada pembaca setia)..anda tentu pernah membaca tulisan saya mengenai ubat herba dan viagra bukan..inilah contohnya...

Di harap kan pada masa akan datang..penguna dan pembeli di harapkan lebih cerdik...kalau sesuatu "herba" itu terror sangat...faham-faham ajelah...tentu ada yang tak kena...Saya dah letih bercakap perkara ini ...nanti setahun dua berlaku lagi perkara yang sama..sebab kalau sebut herba je..terus makan..kalau sebut ubat ke..kesan sampingan ke..suruh makan pun tak nak makan...

Jadilah pengguna yang bijak...bertanyalah kepada pihak yang betul ....kalau tanya pengedar tentulah semuanya baik...seolah tiada yang lebih baik dari produk mereka di dunia ini....Kalau ada masalah berjumpalah doktor atau pharmacist yang bertauliah...

Wednesday, April 23, 2008

Masih adakah "Semangat Kejiranan" ???

Entahlah...di TV dan di Radio sering bercakap tentang "semangat kejiranan".Kita di sarankan mengamalkan semangat kejiranan tersebut tetapi rupanya ia tidak semudah yang di ucapkan..Kini baru saya menyedari bahawa "semangat" itu telah lama hilang dalam masyarakat kita dan tentu dalam jiwa anak-anak kita...

Saya sangat terasa soal ini kerana saya baru berpindah ke taman perumahan yang baru...tentunya dengan inpian untuk hidup aman bahagia bersama keluarga serta jiran tetangga. Tetapi nampaknya itu cuma angan-angan di tengah hari...

Saya adalah orang yang pertama berpindah masuk ke lorong tersebut dan di kira penghuni ke 3 bagi Taman tersebut..bayangkan betapa sunyinya kami di sini...akhirnya masa berlalu masuklah beberapa orang jiran tetangga yang di harap dapat mengubat "kesunyian" kami...

Tapi rupanya ia tidak seperti yang di jangkakan..walau pun bukan semua tetapi nampaknya .."sunyi tetap sunyi". Kalau dah masing-masing buat hal sendiri..macamana nak berjiran!
Kalau dah bina pagar batu setinggi tembok besar negara Cina tu..macamana nak bertegur sapa?

Puaslah kita tersenyum..tapi mereka memalingkan muka...Apa hal? Padahal rumah bertentangan ! Alih-alih satu dari jiran baru pun buat "kenduri" masuk rumah agaknya...tak jemput pun. Aneh kan...

Beginilah rakyat kita sekarang..di mana silapnya? Sekali dua saya mencuba bertegur sapa...tapi kalau dah buat tak layan..mati juga akal...

Saya bukan seorang pemikir..tapi apalah nak jadi dengan rakyat kita...kalau sesama jiran tetangga tidak bertegur sapa..anak-anak tidak bermain bersama...isteri-isteri tidak ketawa bersama...

Bagaimana lagi kita hendak semaikan "semangat" kejiranan ini?
Kalau dulu nak balik kampung...pesan pada jiran. tapi sekarang tak payah...Tekan aja Alarm...

Isteri saya mula bertanya......:Bang..kita silap pilih rumah ke?"

Tak tahu apa nak jawab!!!

Wednesday, April 9, 2008

Antara KEYAKINAN dan KEBODOHAN.....

Siapa yang sanggup mengaku yang dia bodoh atau buat salah..semua tak nak mengaku atau sukar mengaku...ia sesuatu yang pahit dan satu titik yang sememangnya kita tak mahu...iaitu melakukan sesuatu yang bodoh dan mengaku bodoh..

Tetapi kebodohan selalu menyamar menjadi keyakinan..sehingga keyakinan kelihatan seperti betul-betul hebat dan pasti berjaya.Sedangkan tunjangnya adalah kebodohan dan tidak mahu mengaku bodoh...

Apalah yang EF membebel kan kali ini ya....

Saya membebelkan soal betapa kadangkala keyakinan kita adalah kebodohan yang tidak nampak..kenapa kita bodoh..sebab kita tak cukup ilmu dan tak nak belajar atau bertanya kepada orang yang lebih tahu.....Jadi pada masa itu kita yakin...padahal kita telah membuat satu keputusan yang bodoh dan silap...

Kesahnya begini...ada 4 orang pemuda baru lebihkurang 4 tahun keluar U nak buka bisnes. Baguslah jadi businessman..saya bukan anti business. Tapi langkah yang mereka ambil itu sangat silap..banyak yang silap dan akan menjerumuskan mereka kepada "kesusahan" dalam masa setahun sahaja...

Mungkin anda kata saya tidak ada semangat usahawan atau apa sahaja .....katakanlah...Tetapi jika anda hendak buka business...kajilah dahulu sedalam-dalamnya...bukan pakai yakin dan bukan pakai agak-agak sahaja...dapatkan pandangan dari orang yang lebih lama dalam perniagaan. Betul tak Puan Norlela...

Jika bekerja dengan orang..anda dapat gaji RM4000..sekarang adakah 4 orang tauke akan ambil gaji RM 4000 seorang juga? Dari sumber yang sama iaitu satu kedai yang baru merangkak.....entah hidup entah mati? Jika business anda tidak menjadi..sanggupkah anda menanggung hutang ratusan ribu ringgit dalam masa umur tak sampai 30 tahun?

Jika anda melihat pendapatan business di tempat anda bekerja adalah puluhan ribu sehari,,itu tidak bermakna anda juga akan memperolehi sedemikian..ada banyak sebab. Faktor lokasi,faktor capital,faktor kesetiaan dan lain-lain.Faktor-faktor yang kadangkala anda tidak pernah tahu....

Kalau saya cerita satu persatu mahu Puan Norlela tergelak...tetapi biar saya simpan sahaja rahsianya...cuma sebagai "abang" saya simpati dengan 4 orang pemuda ini dan juga ramai lagi adik-adik saya di luar sana...mereka terlalu teringin nak jadi tauke....tetapi kadangkala menjadi tauke itu tidak semanis yang anda impikan..

Di hujung bulan anda mungkin tak lelap mata....nak kira gaji pekerja..nak bayar stok..nak bayar sewa...nak bayar bil...yang manisnya jadi pekerja anda...Hujung bulan dapat gaji.
Mereka ada kereta dan ada rumah....kita asyik mengira gaji mereka...mereka juga yang lelap tidurnya.Bayar rumah dan bayar kereta pun minta tolong isteri...

Bukan saya nak menghalang adik-adik saya ni buka bisnes...tapi antara keyakinan dan kebodohan itu akan menjadi satu garis nipis...modal kecil,lokasi tak bagus,pekerja pula 10 orang ! Biar betul....

Jangan tanya apa yang ada di kepala mereka...saya tak tahu! Kepada yang telah buat bisnes sahaja yang tahu bagaimana rasanya bisnes ini....oren?
Nasihat saya...jangan terburu-buru hendak buka bisnes...cari pengalaman sebanyak mungkin..belajar..buka mata dan buka telinga.Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam bisnes...banyak perkara yang pensyarah kita tak ajar di U..percayalah dik.Sabar dulu...kerjalah dulu. Kemudian bila dah cukup ilmu baru buka bisnes...barulah keyakinan yang berasaskan kebijaksanaan...

Tuesday, March 25, 2008

Selamat tinggal Malaysia !

Jangan terkejut ! Bukan saya yang nak pergi meninggalkan Bumi Malaysia ni...tapi rakan-rakan saya dari bangladesh dan Vietnam...

semalam mereka beramai-ramai datang ke tempat kerja saya...bersalam dan memohon maaf sebelum mereka berangkat pulang kembali ke tanahair mereka. Sempat juga saya bertanya kepada mereka bagaimana pengalaman mereka di sini...jawab mereka..mereka berpuas hati dan yang penting mereka akan pulang dengan sedikit kesenangan hidup...

Iya...mereka adalah pekerja-pekerja kilang berhampiran tempat kerja saya...mereka selalu singgah di tempat saya kalau ada masalah kesihatan atau perlukan nasihat.Mula-mula dulu..masa mereka baru sampai..susah juga hendak melayan mereka sebab lain di tanya lain di jawab !

Setelah 3 tahun di sini..mereka sudah fasih atau mereka kata "mereka sudah tahu"...seperti biasa mereka sifatkan negara kita ni seperti "lubuk" emas..gali di mana sahaja akan dapat duit...

Mereka juga agak selesa di sini sebab layanan pihak kilang yang terurus.Mereka tinggal di rumah sewa dan ada teman wanita...kelakar kalau lihat mereka berdating..macam di Vitenam gayanya...naik basikal berdua..yang girl bertopi dan duduk di depan..lelaki akan kayuh..ala-ala romantik lagi..kadangkala mereka berpayung sambil berbasikal...macam dalam TV tu..

Tentu mereka gembira untuk pulang dan bertemu keluarga..mereka juga akan pulang dengan sejumlah wang yang "besar".Dengarnya nak bina rumah dan berkahwin...

Tentu tak lama lagi..saya akan dapat "kawan baru".....lagi sekali saya akan bercakap seperti ayam dan itik dengan mereka....saya tak pernah pilih kawan..siapa yang sudi bertemu dan bercakap..saya akan layan...apa bangsa mereka..apa negara mereka...semua saya layan..

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari mereka...seperti MENGHARGAI negara kita ini..kita asyik kutuk aje..asyik komplen aje..asyik tak puas hati aje...asyik merungut aje....

Kadangkala kira marah lihat orang berkereta besar..berumah besar...hidup senang..padahal kita yang tak nak berusaha ..cari kesenangan itu.....titik tolaknya adalah dalam diri kita dulu....lihat cermin. Tanya apa kita telah buat untuk cari rezeki? Tak cukup? Cari lagi....

Saya pernah lihat contoh yang sangat jelas...dua keluarga di beri sebuah rumah dan 10 ekar tanah..tapi selepas 10 tahun...perbezaan ketara telah kelihatan...sebuah rumah jauh lebih besar dan berkereta..tapi sebuah rumah lagi..semakin uzur....apa bezanya 2 keluarga itu?

Keluarga yang semakin hidup senang itu ..kerana si ayah atau ketua keluarganya menoreh getah setiap hari dari pagi sampai petang.....tapi rumah kedua tu...menoreh pun sekerat hari..selalu miss pulak tu....Ketua keluarga nya selalu ligat berusaha memperbaiki taraf keluarga dan berjaya mencapainya setelah berusaha gigih dan sehabis ikhtiar...Fikirlah sendiri...

Peluang sungguh banyak di negara kita..ada biasiswa..ada duit poket..ada komputer percuma...masih tak nak belajar..ada asrama percuma..ada elaun....apa lagi nak ? Cuma Tak nak je.....agaknya lah...nak duit percuma kot? Tak payah kerja....tak payah buat apa-apa pun..tinggal tadah duit je....

Ini satu kesah benar...seorang anak muda ..cuma ada lulusan sijil pembantu dapur..mula-mula kerja kat Resort..berhenti sebab kawan ajak pi KL...pi lah sana kerja kat Hotel besar...gaji RM 1200 sebulan...lepas tu kawan dok ajak pi kerja stor sebab gaji lagi besar.....dia pun berhenti dan ikut kerja stor..alih-alih berhenti sebab tubuh kurusnya tu tak tahan dok angkut kotak...
Last-last pi balik kampung.....duduk rumah emak. RM 1 pun tak dapat...Ini boleh diibaratkan bagai "yang di kejar tak dapat..yang di kendong berciciran..."....

SPM pun tak de...RM 1200 tu dah banyak untuk hidup seorang diri dik oiiii...apa lah dalam fikiran dia.....nak senang cepat.Mana ada kerja senang duit banyak.....tadah duit atas jambatan pun...susah dapat la ni....

itulah satu fenomena anak muda kita..berlajar malas..kerja nak senang...gaji nak banyak......Kalau tak dapat.....tukar!

Tuesday, February 19, 2008

Tarikan BARU di Melaka-TAMAN SERIBU BUNGA



Sudahkah anda melawat atau bersiar-siar ke Taman Seribu Bunga, Melaka? Ia adalah satu tarikan baru di sini..mungkin terlalu baru sehingga belum ramai yang tahu atau tak berani singgah!

Terletak di Jalan Gapam bersebelahan dengan bangunan Seri Bendahara atau Pejabat ketua Menteri Melaka...

Jika anda datang dari arah Highway-tuju ke arah bandar dan bila jumpa simpang empat, belok kiri. MASUK adalah PERCUMA. Sesuai untuk anda seisi keluarga bersiar-siar di waktu petang atau hari Ahad. Juga sesuai untuk pelajaran Sains atau Botani !Samada ada seribu bunga atau tidak..saya tak tahu sebab tak de masa nak kira..tapi memang ada banyak bunga..dan isteri saya cukup gembira melihat sejenis bunga yang telah pupus di kampungnya..masih berkembang di sini...

Setahu saya Taman ini sudah di rasmikan tetapi entah mengapa kurang promosi menyebabkan hanya segelintir yang tahu tempat cantik ini. Ada banyak kedai di dalam Taman ini tetapi tak ada penjual.

Bagi saya Taman ini cantik dan ada "seni" tersendiri.Ada potensi untuk di ketengahkan dan berharap agar lebih banyak promosi di lakukan di sini seperti mungkin ada kan jualan MEGA bunga-bungaan dari seluruh Nursery bunga atau Pameran Pertanian..apa-apa je lah..

Sayang lihat tempat secantik ini tak ramai pelawat...Datanglah sementara masih PERCUMA !!!!Kalau dah berbayar nanti...bersungut pulak kita...
Oh ya..kalau ke Melaka sempena cuti sekolah bulan 3 nanti..apa kata singgah di sini! Tak jauh dari Zoo Melaka...